Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name:Email:
Mendebarkan! Komik dan Cerpen yang Seram
Koleksi Cerita Hantu Dunia - ASIA
Janken
Khabar angin tentang permainan Janken tersebut luas di Internet. Seorang budak menganggap semua ini cuma satu penipuan sehinggalah dipujuk oleh rakannya. Dengan perasaan ragu-ragu,dia berdiri di depan cermin dan menyedari kebenaran yang dahsyat...
Pemain Syaitan
Woo Mee mendapat sekeping cakera padat permainan komputer secara percuma. Dalam permainan itu, dia menyamar sebagai syaitan dan menangkap satu-satunya budak yang masih bersembunyi. Namun apabila hampir berjaya, Woo Mee mendapati budak itu...
Lif Berhantu
Encik Tan telah menyewa sebuah pejabat di tingkat 19. Namun dia mendapati lif di situ selalu lambat. Pada suatu hari, dia terserempak dengan seorang gadis. Gadis itu memberitahunya bahawa lif itu bergerak perlahan kerana dipenuhi roh hantu...
BACALAH 18 BUAH KOMIK DAN 14 BUAH CERPEN INI.
PENUH SERAM DAN MENDEBARKAN!