Jom terokai dunia ilmu pengetahuan yang penuh keriangan!

Garin telah dibawa ke sebuah tempat yang cukup misteri.
Pintu ruang masa kembali aktif.
Kali ini, dia akan berhadapan dengan Orge yang menggerunkan.
Pengembaraan yang penuh mendebarkan bakal bermula sekali lagi.
Garin dan Run akan merungkai rahsia ogre dengan menggunakan kebolehan masing-masing.

Pesanan untuk Pembaca
Kepercayaan memiliki kekuatan yang agung. Sejak zaman purba, kepercayaan telah menggalakkan pelbagai penciptaan yang cemerlang seperti kebudayaan yang beraneka ragam, teknologi yang canggih, bangunan yang megah, kesenian yang halus dan pelbagai misteri yang masih belum terungkai lagi.
Kebanyakan masyarakat Thailand amat mempercayai tahayul. Menurut mereka, hantu boleh mengganggu pemikiran manusia termasuklah peraturan dan budaya tradisional. Oleh sebab itu, legenda ogre telah wujud di Thailand.
Menerusi siri ini, Garin bakal membawa kita untuk meneroka pelbagai jenis kepercayaan dan misteri di serata dunia. Kali ini, Garin akan menyiasat rahsia ogre serta membuat penganalisisan perubatan tentang mereka. Selain itu, Garin juga akan mendedahkan kepada anda sama ada hantu benar-benar wujud atau tidak.
Ayuh selak halaman seterusnya untuk mengetahui jawapannya!