Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name:Email:
Kisah Hantu Bakal Bermula Sebaik Sahaja Komputer Anda Dihidupkan!
Pengenalan dari penulis:
Kisah seram merupakan kejadian paranormal yang berlaku di sekeliling kita. Mengapa anda berasa takut ketika mendengar kisah seram? Hal ini demikian kerana perasaan aneh yang timbul dalam diri kita ketika mendengar atau mengalami perkara luar biasa.
Tidak lama dahulu, saya pernah mengalami perasaan ini semasa melawat seorang kawan. Rumahnya di tingkat teratas bangunan tiga tingkat. Namun, apa yang pelik ialah tingkat pertama dan kedua kosong sahaja dan tidak mempunyai koridor kecuali tingkat tiga. Saya terus berlari kerana terlalu takut.
Adakah anda pernah mengalami perkara aneh seperti saya? Bagi saya, pengalaman ini amat menarik walaupun ia menakutkan. Begitu juga dengan kisah yang diceritakan oleh orang lain. Komik ini telah menyajikan pelbagai kisah hantu yang diceritakan di Internet. Jom selami dunia seram sekarang juga!