Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name:Email:
Siri Pemeliharaan Haiwan Terancam
Anak harimau bengal putih yang baru lahir telah ditinggalkan oleh ibunya!
Sebagai seorang penjaga zoo yang penyayang, Ploy terpaksa menjadi ibu angkat kepada seekor anak harimau bengal putih buat sementara waktu. Memandangkan anak harimau bengal putih itu sangat comel, maka seorang peminat haiwan bernama June turut menyertai misi tersebut. Ploy merasakan bahawa June amat sesuai untuk menjadi seorang penjaga zoo kerana sifat prihatinnya terhadap haiwan. Tanpa disangka June juga mempunyai impian yang sama! Namun, satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku. Adakah June dapat menghadapinya? Mampukah dia menjadi seorang penjaga zoo seperti yang diimpikan?