Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name:Email:
Kepercayaan memiliki kekuatan yang agung. Sejak zaman purba, kepercayaan telah menggalakkan pelbagai penciptaan yang cemerlang seperti kebudayaan yang beraneka ragam, teknologi yang canggih, bangunan yang megah, kesenian yang halus dan pelbagai misteri yang masih belum terungkai lagi.
Pada abad ke-16, agama Kristian meninggalkan impak yang mendalam terhadap cara hidup dan pemikiran para penganut di Eropah. Banyak legenda yang berkaitan dengan serigala jadian wujud pada zaman itu dan tersebar luas ke seluruh benua tersebut.
Menerusi siri ini, Garin bakal membawa kita untuk meneroka pelbagai jenis kepercayaan dan misteri di serata dunia. Kali ini, dia akan berhadapan dengan serigala jadian. Benarkah serigala jadian akan muncul pada malam bulan purnama?
Ayuh selak halaman seterusnya untuk mengetahui jawapannya!